Wednesday, November 7, 2012

Seoul at D

Bismillahhirahmannirrahim

Salam 1 Malaysia semua. Busy kalah tebuan nih. Assigment menunggu turn utk disubmit. Tapi hati x tenang selagi x post entry nih. Mari gigih mencoret kisah di negara orang..lalalala~

Gegul booked 8 bulan sebelum perjalanan. Masa tuh promo '0' fare. Return tiket+tax only cost me RM498. Ko rase patot ke aku biarkan. Harosla tak kan. Masa booked tuh kire gambel je. Agak2 je cuti midterm kan. Tiket infant plak RM250 return. Since Iman still under 2 years old.

Penerbangan gegul adalah pada jam 1pagi. ye..time tuh konpem semua org tgh berdengkur kan. Apesal aku pilih flight nih? Untungnye esok sampai terus untung seharian bleh ronda dah. Bajet accomodation pon kire save sebab tido dlm flight jerr. Xsilap aku 1 lagi penerbangan jam 9pagi. Kalu 9 pagi ko smpi sane kol4ptg. Kol530 dan magrib. So rugi la 1 hari ko kan. Kalau bleh time booked tuh elakkan sampai sane malam. Sebab after 11mlm transport punye kos naik mendadak. Kalau nk jimat gak ko lepak la airport sampai pagi kan. Wuuhhhuuu...So pepandaila bajet timing tu.

Pertama kali naik AAX, gate die adalah sangat hujung dan isolated ye. Cam kene kurantin pon ade. Agaknye keistimewaan la dengan 'X' die tuh. Dok dlm bilik cermin. Mase tuh lagi 2 jam nk berlepas. Aku sangkakan ank aku nih akan tido la before boarding memandangkan siangnya xtido sebab busy tolong kemas barang. Sangkaan ku meleset. Aku rase die xcited sgt tgk org sekeliling yg ramai. Kate nak p kowiya kan, ate bilangan yg muka stok mata sepet bnyk la kat situ. Yang melayunye xsampai 10org kot yg naik flight same. Tu pon muka melayu tp bile dgr sembang, laaa..Indonesian. So aku mula menjadi pendiam. Ye la ko nak nyembang dgn sape. Ada la 2 3 4 5 6 org cina/kowiya yg approach Iman. Sebab suka tgk gelagat die yang dok berlari hujung ke hujung dinding bilik menunggu tuh. Amecam?? Tercabar x? Baru dalam bilik menunggu die sudah berlari sana sini. Aku positipkan fikiran. Takut gak dalam flight kang die nk jumpe abg driver. Pengsan aku!! Cina/kowiya tuh dok soal aku dalam bahasa dia. Hamboi!! Konfi. Xnak lansung berbahasa Omputih. Dang!! Skill komunikasi aku tercabar. Xlogik la mase tuh ko nak cek kamus bahasa kan. So aku aku pon konfi sajek jawab dlm melayu. Hahah!! Padan muka ko! Cam ayam ng itik kan.. Weee..Pastu baru la sepatah2 diorg cube ckp English. Rasakan! Igt ko je ade bahasa ibunda yg nak diagungkan. Wahaahha!! Bila diorg stat ckp english aku pon ckp la aku lil bit kowiya kekadang tuh. Bg die phm sket2 kan.

Bagi aku AAX xmengecewakan. Memang on time. Kol1230am boarding. Iman masih segar bugar. Siap jerit2 'Wahhhhh!!Plane!!!WUussshhh' bile berjalan ke flight tuh. Banyak plak international yg nak berlepas. So die experience tgk big aeroplane dekat2 kan. Rasanya mase mlm tuh, Iman la penumpang termuda. Jadi itu membuatkan aku gusar. Takut plak die melalak nk kuar ke kan sebab bosan. Huish!! Dalamm hati xbenti berdoa nih. 6jam 30mnt baiiii..Bukan 40mnt je. Alhamdulillah semua ok. After 30mnt berlepas anak aku pon dibuai mimpi. Aku pon tido la. Adik aku p dok kat seat kosong lain memandangkan Iman dah conqer sampai 2 seat kan. Aku xle nk tido lena sgt. Sebab risau anak aku tergolek bawah. Maklumla kalau katil queen tuh ko letak malam tgh katil esoknye dh ke hujung katil. Kalau flight mlm, food serve twice. After take off n breakfast. Ye jgn lupe ngr org, timing beza sket. So subuh at 5am dan bfast serve at 530am gituh.

Touch down tepat jam 8am (7am Msia) waktu sana. Kat LCCT aku bawak stroller smpi ke tangga flight. Sampai sana ada miscommunication sket. Pramugari tu ckp stroller dh anta  luggage. Ok fine! Anak aku tido, dari pintu flight sampai ke baggage claim aku rase ada la dlm 1.5km berjln. Kalau lenggang mak limah ok bai..Ni mak pikol budak 10kg..Tgn dh kebas je. Muka dah biru. Kalori nasi lemak pon dah negatif aku rase. Damn it!! Dah 3/4 perjalanan aku nmpk ada akak ni tolak stroller. Since die sama flight ng aku, aku suh la adik aku tnya mana dia dpt. Dia ckp die tunggu kat dpn pintu flight tuh. Pastu nmpkla stroller hijau yang xdiclaim. Dang!! Bengong! Ni seme slh stewardess tu. Aku dh hangin. Nak patah blk mmg xlogik sbb jalan sehala je. Xda escalator naik dah. Dalam hati ni penuh 'berzikir'. Kesimpulannya tunggu je dpn pintu flight tuh. Dah la baggage pon lembab! Aku rase akibat letih pangku anak yg tido tuh maka fikiran pon agak kurang rasionalnya. Semua masa berlalu sgt lambat. Nasibla pakai beg striking color. Dari jauh dh bleh nampak kan. Xda la nk terambil beg org.

Keluar from arrival hall tros cari info counter. Yeah!! We are in Kowiya! Info counter pon xbrape nk info la. Sana translation dlm 4 bahasa, korea, english, jepun, cina. Bleh la phm kan. Dlm building suhu mmg suam. Satu perkara kat sana kalau building, transportation semua xda aircond ye. Ada cm rasa blower gituh. Mmg kalau pki jaket tuh ble la peluh sket tp xsmpi tahap menitik2 la. Tapi ko p open space suhu trus sejok. Masa aku kat dalam airport mmg panas sket tambah plak panas hati kes stroller kan, lebih sket la suhu nya. Keluar je building tuh nak tunggu bas, nah!! hamek..Suhu 18C berserta angin..Fuh!!! Sedap sey! Ajumah n ajushi ni dok marah2 aku sebab xpakaikan Iman sweater. Aku bg die long john je. FYI anak aku sgt suke cuaca sana. Tido malam aku selubung dgn comforter, die rilex pakai pampers je. Penggunaan sweater die adalah minimal. Pengsan!!

Air kotak Hersyes yang sgt mengiurkan KRW1000. Sedap weh. Iman xkasik chance org lain sedot

Day before aku dh email guesthouse(GH) ckp akan smpi awal n kalau ada bilik trus nk cek in. So trus la straight ke GH. Aku pilih naik bus (KRW10000/pax) sbb brg berat dan saja nak amik angin pusing bandar.

Makan hati kau, Elantra tra jadi taxi jer. Kat Msia bukan main exclusip lagik

 Bus tuh memang berhenti seberang jalan from GH. Mine located in Myeongdong area. Utk aku, tmpt yg strategik. Reason aku plh sbb sng adik aku nk shoping on night if Iman tido. Walking distance to Myeongdong and Namdaemun(10mnt). Dongdaemun tuh beza 2station je naik subway. Which is ble jalan kaki gak dlm 20mnt gitu. Selain tuh hotspot lain ade Namsan tower, Namsangol Hanok. Semua walking distance. Plus exit subway yang sejauh 150m dari pintu GH. Ditambah plak kemesraan dan kefasihan english ajushi tuh. Rate per night for room with bathroom is KRW45000(RM135). Nak breakfast bleh turun kat lobi yg cam hall umh. Ada toaster, microwave, plate, cawan, water dispenser dan pc. So kalau nk save bajet bawakla roti sesiap ng kaya kan. Dh bleh skip breakfast kt luar. Kedai makan kat area Myeongdong bnyk cumanya ko selera ke x je.

Our GH yang best! Aku rekomen kat korang 5bintang


After cek in, teros ke Myeongdong. Kat sini bnyk kedai kosmetik dan murah2. Kalau beli borong untungla. Aku tgk facial wash Face Shop kat Msia RM45 kat sane boleh dapat 3 tiub. Kalau weekend diorg bnyk buat sale. So lg untung beli dapat goodies free lagi. I like!!

Gatai nak amik gambar dengan Nichkhun sebab aku tengok local pon amik gambar kat patung artis je


Kalau nk beli barang cam tshirt ke beg ke ade yg mahal sket berbanding Namdaemun dan Dongdaemun. Tapi brgan die cantik sket la. Kirenye die nih cam Timesquare berbanding uptown dan petaling street.

Dugaan...Dugaan..Dugaan...


Utk hari pertama aku kurang ke tmpt lain sebab dah berjanji dengan student sane (frens of my sister). Purpose jupe nak kenali tempat mkn. Sebab sepanjng kajian selama 8bln mmg mkn ni kurang diceritakan oleh org2 yg penah ke sane. Kat sane mmg ko xkan jupe haiwan exotic sbb diorg hnya mkn gogi(daging) dan seafood. Dan gogi favor adalah oink2. So mmg pyh la utk muslim kan. So jupe diorg, diorg pon senaraikan la kedai2 yg mereka selalu p. Bakery2 is ok since roti buat pada tepungkan. Fast food pon pilihla seafood burger walaupon ade je aku tgk arab2 yg kunyah2 ayam goreng tuh. Pastu pilih kedai yg jual makanan seafood je. Kan ade display menu tuh, ko bace la dulu. Kalau rase was2 gak ko bleh la p area Itaewon utk mkn halal. Sebab Itaewon ni bnyk org Pakistan, India, so adela kedai kebab halal semua bagai. Nasi beriani. Cuma ko rajin ke x je. Itaewon tu kalu dr kawasan aku cam Midvalley ke Ampang Park. Kene tukar subway bagai. Aku xkoser la nyah. Pastu kalau coffee house tuh pon ok gakla. Ramai je student kite ke sane. Ibarat cam oldtown la.

Pas lepak2 ng diorg, balik ke GH. On the way back tuh nmpk signboard Seoul Cartoon Museum 400m. Eh, dekat je. Cume kene daki bukit sket. Oh ye, kebanyakkan GH kat Seoul di kawasan berbukit. Jadi sila tnya ur GH kadar kecerunan. Like mine, dalam 20darjah je. Kadar kecerunan ke museum adalah 60darjah ye!

Mula mendaki 400m jeeeee


Ko bayangkan dengan tolak strollernye. Rase nk pengsan tp sbb cuaca sejuk kan so xdala peloh2 jerok. Rasa cool jek. Kalau korang rajin tgk kartun kire ok la p kan. Since anak aku layan kartun Kowiya (hasil paksaan dari umor 5bln), so anak aku excited la jumpa character2 tuh.

Baru sampai kaki bangunan. Lagi 150m yang berkecerunan 45degree


Tmpt menarik gak. Free of course nyah! Kalau nk join class2 die je byr. Class buat chracter from tepung/tnh liat. Pastu ade kelas bercerita. Since kami dtg dh lewat kol5, dan ia tutup at 6 so xdala aktiviti sgt. Anak aku cuma dpt main tanah liat utk buat patung Pororo dia jek. Kat luar patung Dooly Popo, ade ajushi ni dok nyanyi lagu cerita karton nih, aku pon meroyan gak join nyanyi same. Yeah!!! Cas ko dok korea dah 19tahun. 

Nak tengok cite ni plisss..Macam kedai CD percuma. Pilih saje CD kartun mana nak tengok kendian bagi pada cashier suruh pasang

Cubaan membentuk kepala Pororo..Gentel2

Kebanyakkan toilet nye jenis gini ye..So pepandaila nk tekan butang mane. Wee..Xpon simpan je hajat tuh sampai balik GH

Since 545pm dh magrib maka malam pon menjelma. Memandangkan badan dah penat dan anak aku xtido seharian, maka kami decide blk GH je. Since dah tapau (pujang) shrimp burger kat Lotteria, maka makan kt GH je. Ajushi yang peramah tuh ajak sembang kat bwh dulu tnya anak aku ok ke x bla bla..Malam dihabiskan tgk cerita2 kowiya. Yezzaaa...AXN pon ckp kowiya. Walaupon xda subtitle tetap gigih tgk dan feeling2..

Kesimpulan utk hari ini, sila bawak bekalan air dan junk food (coklat, roti) bersama sbb cuaca yg sejuk sgt menggamit mulut ko utk mengunyah.

Monday, November 5, 2012

Seoul at D-1

annyeonghaseyo

Pergi hanya 15kg..Tapi bila balik jadi double. Nasib baik bawak sebiji beg sahaja

 
Alhamdulillah semuanya telah selamat dan berjaya dilalui dengan jayanya. Siap bawa balik kejayaan yang membanggakan. Mesti semua x sesabar nak dengar cerita kan..kan?? Cas ade je peminat gegul kat luar tuh. Rilex semuanya. Aku tau korang xsabar nak dengar kan. Kite kasik ikut urutan hoyeh!! Episod satu ni kasik pre K-pop dulu.

A day before take off sila lah pastikan semua kelengkapan anda siap sedia. Jangan jadi cam gegul hokeh. Kemas barang 10 jam sebelum cek in LCCT. hah! Beg pon cam tauhu sumbat jek. Sesedar dah 15kg. Haiyoo!! Jadi untuk memastikan perjalanan lancar dan Insyallah selamat serta berkat ikutilah panduan gegul yang berdasarkan pengalaman sendiri. Rekomen pada mereka2 yang ade anak kecik tp nak save bajet berjalan ke negara org. Cewah!! Cas ko teror sgt. Yang xda anak kecik pon bleh gak gune.

Inilah checklist yang aku rase perlu dibuat sehari sebelum berangkat :

1. Dokumen-dokumen yang penting dan slalu (passport, boarding pass, subway map, alamat&no fon hotel, guide kalau ade) nak dikeluarkan simpanla kat tempat mudah capaikan. Gegul aritu x bawak hanbag ke sling bag ke. Sebab bnyk sgt tanggungjawab aku dah. Anak aku lagi. Stroller lagi. Beg baby lagi. Seb baik mesin tebu xbawak..Wee..

2. Foodies. Yeah! Travel dengan infant sangat mencabar okeh. lebih thrill kalau ko pegi sebagai bagpacker cam gegul. Ko mampo!! Stok bubur instant jgn lupe. Maklumla orang Msia ni rujinya nasi. Kalau sehari xpekena nasik, mau pitam kan. Jadi utk pastikan anak cukup karbonya bawa la bubur instant. Sehari semangkok cukop kot. Ko tgk tangki anak ko la. Pastu gegul aritu siap bawa ikan bilis yang diblend. Ala-ala makanan pantang bersalin. Nak bagi perasa pd bubur anak aku tuh. Xnak la letak perisa bubur yang bleh memudaratkan tuh. Pastu serunding sebagai sumber protin yang lain kan. Ade je bubur jual kat 7E kat Seoul tuh cumenye haram jadah ko xphm die tulis ape. Kembang je tekak aku nengok eh.hahaha!! Utk bekalan dewasa bawakla coklat, gula-gula, maggi ke sbg supplement. Letih wo jalan. Dahla cuaca sejok. Lapar 4jam sekali.

3. Subway map dan itinerary, ini sebagai jantung ko kat sane. Tanpa mereka alamatnye xbernafas la ko kat sane. Sekadar menjimatkan mase kalau ade itinerary tuh. Xdala terkial2 nak bace map yang tulisan hangul lebih besar dr english kan. Lebih afdal kalau korang dah master subway map mase kat Msia lagi. Mudah weh! Kalau takat KL 3 line je yang ado..Sne 10 line kot. Pengsan! Biru merah hijau biru muda plak ungu coklat oren semua warna ade. Jadi jgn la lupe dapatkan map subway ye. Kat airport ade gak. Ko carila kaunter information.

4. Baju sejuk. Kate nak melawat negara 4musim. Jadi sila pastikan musim ape korang p. Cam gegul autumn. Walaupon bukan winter tapi tahap sejuk die macam gaban dah aku rase. Ke sebab Msia nih panas sgt so sejok sket pon dah poyo kan. Dey!! Tapi apa2 pon sediakan la at least 1 jaket tebal ye. Cuaca die kalau spring or autumn lebih krg je dalam 20C ke bawah. Cam Cameron Highland waktu malam. Kalau winter ko pk la nak bawak baju guane. Kalau p Jun-Sept itu musim panas. Lebih krg 27C je. Tp awas sape yg p Ogos hingga awal Sept tuh adalah musim thypoon atau pon kite panggil ribut. Summer bnyk hujan. So sediakan payung or baju hujan la eh..Cam weahther forecast plak aku nih dah. Oppss..Jgn lupe dptkan forecast sehari sebelum pagi tuh. Utk preparation kot kene tukar jadual perjalanan kan.

5. Cek in awal. Sekarang dah canggih cek in ikot website or mobile fon saje. Naik MAS ke AA ke KA same jek. At least kalau ko lewat sampai airport xda la gelabah nak beratur panjang kan. Sebab Gate tu jauh lagi. Kang dah jadi amazing race plak. Lagi malang tertinggal kapal terbang trus. Pastu cek balik booking korang. Gegul arituh tersengal. Mase booking terlupe nk ambil baggage cek in utk penerbangan pulang. Seb baik aku cek balik kan. Kalau x, jenuh weh bayar. Pastu kalau naik AA, barang balik at least double dr brg pegi. Aku aritu pegi 15kg sekali balik 30kg. FYI, gegul hanya beli cenderahati tok member je. Xda shopping sakan. Jadi pepandaila bajet brg blk nnt bp.

6. Final confirmation dengan pihak kat sane. Hotel ke guide ke membe ke. Kalau dok guest house or hotel cek ape fasiliti yang ade. Mudah utk membuat perancangan. Biasanya guesthouse akan ade microwave, air pns, toaster, kemudahan minum, frezzer dan mesin basuh. Tapi bukan dlm bilik. Tapi share semua org. Ada jugak yg toilet pon share tp aku punye dlm bilik. Tp jgn risau dan bimbang. Xdanye masalah rebut2 weh. Siap sunyi lagi ade. Aku pelik kekadang tuh guest yang lain kuar ko bp n balik kol bp. Sepjg aku dok sane kurang dari 5x serempak dengan guest yg lalin. Ko bleh cas rumah tuh ko punye jek. Pastu soal kebersihan mmg rasenye tip top kot. Tak tau la guest house lain camne. Tp aku rase same la kot. Kasut mmg ko tinggal kat bawah. Dalam rumah pakai selipar cam kat hotel tuh. Kasut susun dalam rak ye. Jgn buat perangai xsenonoh org Msia yg suka biar selipar sepah cam kat surau tuh.

7. Telefon. Bagi yang nk roaming make sure call CS memasing. Nak aktifkan roaming. Gegul arituh dah inform nk roaming tp choi ko Celcom. Nan hado!! Aku nak aktifkan supaya mudah nak hubungi in case of emergency. Maklumla aku pegi dengan anak aku je oi..Tp toksah runsing sgtla fon roaming. Seoul tuh wifi bersepah. Agak2 nak Skype ke WhatApps ke on sajek wifi kat fon canggeh ko tuh. Awas!! 3310 xdapatla eh. Xyah nak bazir guna data plan ko sangatla. Ko cek sket rate bp. Kalau internasionale rate die adelah 20sen 1byte. Ko reti kire x? Kalau bukak FB je dah bape kb?? Hah! ko darab sendiri. Jadi kesimpulan kalu ke sane jgn lupe off data network tau. Kang lupe trus je berjalan bil ko. Balik Msia bleh sakit jantung tgk bil. On kan sajek wifi. Guest house pon ade wifi. Jadi xyah pening2 la pasal internet. Persoalannya ade ke x mase ko nak bukak tenet. Gegul arituh sibuk amik gmbr, kejar anak. Xde der mase nk on FB tu..

8. Ubat-ubatan. Bawalah bekalan panadol, vicks, minyak afiat/gamat/yuyi. Ni kire basic la. Kite minta semua sihat cume persediaan la. Kat sane ade je jual kan. Mart die setiap 500m kot. Kat area aku duduk la. Cume ko xtau sesuai ke x dengan ko kan. Kang dos kuat trus ko hiiii..Wee..Paling penting kalau infant bawa yuyi, syrup panadol n vicks. Cuaca sejok. Risau la sket kan. Kang nk cari arah klinik kang dah sekian. Jangan risau benda tuh semua xperlu declair. Ko letak je dlm luggage. Takut imigresen tahan plak sebab bawak cecair kan. Vicks tuh hangkot la dalam hand luggage je. Senang nak sapu kat dada anak kalau batok.

9. Ni paling penting utk kite yang beragama Islam. P tempat org tuh jgn lupe plak solat ye. Gangnam, gangnam gak. Jangan sampai jahanam. Weee...Cek waktu solat kat sane. Pastu buatla alarm kat dalam fon canggeh tuh. Set setiap waktu. Maklumla kite ni asyik sgt berjalan sane sini. Cuaca pon same je dari pagi sampai petang. Kang terlajak plak. Bace2 cara2 bersolat gaya musafir. Sebab sane bukan mudah nak cari masjid mentelah surau kan. Kalau part makan plak, ko try la search utk halal food restaurant. Or else bleh tanye student kite kat sane mane diorg makan. Dah nama pon negara org, kene la ajar tekak tu terima makanan diorg. Xjauh beza pon rasenye dengan lauk2 kite. Siap pedas lagi. Cume cara masak tuh kekadang xkene ng tekak petai dan belacan kite ni..Hehhee

10. Bagi yang rerasa ade buat loan pape ke, pastikan la korang bebas dari belenggu blacklist. Cek la dgn pihak berkenaan kan. Aku rase yg paling kritikal kalu ade loan dgn PTPTN sbb PTPTN ni cam aggresif sket blacklist org. Kalau rase2 dh lame xbyr hutang tu, call la tanya kabar kan. Bukan ape ade kes yang kat website x blacklist tetapi bile nk keluar kene tahan ng imigresen Dang!! (eheemm..ehemm..)So kalau lame sgt xbyr utang tuh better call...Kalau yang byr secara rutin bulanan, insyallah xda masalah.

Rasa cam nak tampar muka masa memula tengok benda ni sebab tak caya dah sampai

Ini saje rasenye keperluan yang perlu ade sebelum pegi selain ilmu yg cukup utk hidup di negara org. Cewaahh!! Cam nak pergi bertahun sajek kan. Xda la mane la tau jatuh cinta plak. Trus bleh apply master kat sane. Eh!!! Hahahahah!!  Akhir sekali jaga kesihatan supaya anda boleh enjoy sepanjang berada di sana..Yehhhhaaaa!!!!!!!!!!!!!!



Saturday, October 13, 2012

Rezeki Memasing

     Sabtu dah?? Seriusly gegul sangat berdebau. Another 7 days left. Semua persiapan belum 100%. Baru-baru ni Korea Plaza ade buat promotion for Air Asia X customer. Tawaran percoma hokeh! Sesiapa yg travel by AA ke sane from 1 Oct 2012 - 30 Nov 2012 layak dapat Korea Pass dan 30% off Fantastic Show. Maka haroslah aku xlepaskan peluang kan. Pass is limited. So sangat gigih. Kebalikan En Dani telah ku pergunakan sebaik mungkin. Gagah memanjat Jalan Bukit Nenas utk ke Menara Hap Seng dimana keletakkan Korea Tourism Organization. Gegul cas teknologi abis kan. Simpan pdf file je dlm fon. Tros p kaunter nk redeem. Gegul igt kan yang jage tu che ye. Konfi la ckp malayu kan. Sekali die buat muke blurr..Laaaa...Kpop ghupernyer.. Ate, dah la ber'anniyongsayorrr' hah! Kamsaminida! Struggle gitew. Last2 die reject pdf aku. Die nk hardcopy flight ticket. Damn!! Mane nak caghik kedai printing kat area mall mewah nih. Dey!! Kehangatan kepala mula terasa. Tapi kalu dah memang rejeki itu, xle nak kate ape la. Kebetulan ade plop MailBox Service outlet. kedai printing kelas atasan. Sekali lagi masuk kedai dengan konfi ckp malayu sebab akak jage kanuter itu muka malayu abis. Xpaham da..Dang!! Aku xtau bangsa apa. Agaknya area Bukit Nanas ni penuh orang asing kot. Ok pengajaran di situ. Printing 2 keping RM1.20. Ko mampo. Hitam putih jerr..Dasar kelas atasan. 

     Setel perihal printing tros la aku bagi kat mamat Kpop tuh ticket aku dan taddaaa....

Korea Pass ade value 20000won (RM60)

     Travel card checked! Ade value 20000won. Kalau la RM, dah bleh downpayment WV Passat. Wee..Tapi nilai tu hanya la bersamaan RM60.00 tp bg aku dah bnyk tuh. Utk belanja naik subway, bus, taxi dan jugak bleh gune kat kedai2 makan dan market. Die cam Touch&Go. Cam debit kad pon iye jugak. Boleh top up value. Yang penting bg aku duit transport kire selesai. Yes!!

     Utk bakal2 ke Korea bleh la follow tweeter Korea Plaza atau FB Korea Plaza atau kedua-dua sekali utk tahu new promo. Berbaloi..Kalu nk blaja FREE bahasa Korea pon ade. Cume timing die agak leceh. Sebab kelas on weekdays and working hours. Kalau korang student macam aku, bleh la curik mase p. hehhee..FREE wo..sape xmo. Abis level 1, bleh masuk level 2. FREE!! gak..Kalau korang survey kelas kat luar dalam RM120 ke atas utk kelas 10 org sebulan. 1 level dalam 3 bln gitu..Kire2 la sendiri yerr..

Hasil rembatan kat KTO, sesapa nak pinjam boleh2..Ade coupon pon yang bleh gune sampai mac 2013

Dah amik buku kenela bacakan..Pupukla amalan baca sejak kecik
So kalau sesape nk pinjam map aku ke travel guide bolehla mintak nnt. Aku dah bleh bukak library Korea Travel Organization Bentong branch..Hehehe

Friday, September 21, 2012

Spagetti Ala Dente

Pertama kali cobaan. Saje gegatal. Anak gegul ni suka makan mee/spageti dan sewaktu dgn nya berbanding nasi. Jadi kene la rajinkan sikit diri ku yang kemalasan sangat ni hah. Lately ni plak banyak je rancangan masakan. Dari AFC sampai la ke Ketok-Ketok Ramadan kat TV sendu tuh. Huhu!! 

Bagi yang xtau, gegul ni bakal jadi cikgu masakan. Yerr..Xpayah nak gelak geguling sgt la. Kang aku ketok ng sendok baru ko tau. Redha itu kuncinya yer.. Semlm petang gegul sudah ber'lab' masakan selama 3 jam. Takat istilah yg Chef Muka Ketat dlm Masterchep slau guna tu, semua dalam paru2 gegul je. Saute, batone, julian, payseom, ala fonte, de amore (ok ini tipu)..Jgn xtau aku ade santoku / chef knife..Hah!! Tuttup mulot tuh sket..Kang busok monitor PC tuh. Ok enuf of merepek. Nanti gegul kasik cite lebih. Tapi kali ni nak share resepi 5 minit. Kalah chef Riz. Sujod ok kalu die tau. Tutop bisnes prego.

Resepi arini Spagetti Cabonara. Kalau yang selalu buat tuh mesti korang pakai yg tin prego je kan. Bukak tutop tin trus campak dlm pan/kuali. Hokey! Kalu tin prego xda kat umah? Camne? Yer..Ade yang angkat tangan tuh mesti nk jwb gune cooking cream. Ko tau x bape hengget sekotak cooking cream 250ml? Xtau?? Regenye 8 hengget. Sekali masak. Ok...Pendekkan cite. Ni resepi paling mudah, cepat, murah dan malas...Hahhahah!!!

Spagetti Cabonara Al Fonso De Blaqo - 3 dewasa bersize Fasha Sandha
Bahan :
Spagetti (ikut suka ko nk banyak mane)
Minyak (afdal olive oil, kalu x seri murni pon voleh)
Garam secubit
Ayam Cincang / Daging Cincang / Seafood / Sosej (ikut ape yg ade dlm peti je la)
Cendawan butang (Shitake pon vole tp aku xletak pon)
Telur sebijik gred AA (kalu kecik ko letak 2)
Cheese (aku gune parmesan, afdal gune cheese parut)

Cara mengerjakan:
1. Rebus spagetti bersama secubit garam. Xperlu pakai butter ke minyak. Sebab minyak tu akan terapung ke atas. Blaja sains kan? Ketumpatan. Mesti lupe. Xpe cikgu maaf kan. Nak tau motip letak garam PM gegul ok. Malas aku nk cite bnyk. Kang kalah chef Wan.

2. Sesambil tunggu spagetti masak, ko siapkan Ayam Cincang / Daging Cincang / Seafood / Sosej. Saute..Cakap kg nye ko tumis bahan tersebut dgn minyak/butter. Bersama sedikit pepper. Sket je. Masak cabonara ye Jijah, bukan gulai lomak cili api.

3. Naik bau teros tutop api. Then kite beat telor sampai buih-buih. Lepas tuh campakkan parmesan cheese. Yang ni aku xda ukuran sebab aku cikgu masakan. Hebat kan. Xpyh ukor2. Kalu yg amator, ko ukur la agak2 setengah cawan minum kopi yang ade piring tuh. Beat lagi sampai sebati. 

4. P kat dapor balik. Cek spageti ko Jijah. Kang jadi su'un plak. Masak sehingga tahap Ala-Dente (sesedap dikunyah). Tutup api. Amik pinggan, (AMARAN KERAS) guna garfu atau penyepit sahaja, cedok spagetti itu ke dalam pinggan. Ko renjis2 sket air die tuh. Biar  die berasap2 tuh. Letak dalam pinggan, teros jirus telor yang ko beat tuh ke atas spagetti. Jangan lupa taburkan Ayam Cincang / Daging Cincang / Seafood / Sosej yang ko dah saute tuh. Gaul sebati..

5. Panggil para juri. Duduk di meja dan suap ke mulot..Yeaaa..



Mudah kan? Xpayah nak kukus gril panggang bagai. Rasional teros angkat spagetti ke dalam pinggan tanpa toskan adalah supaya wap panas dlm spagetti tuh akan memasakkan telor ko tuh td. Lebih panas lebih bagusla. Kalau rase x yakin ko bleh la masukkan dalam microwave sekejap. Jangan lame, 20saat sudah. Lame sangat kang jadi spagetti pattaya bercheese. 

Selamat mencuba..

Thursday, September 20, 2012

Neraca Kehidupan

Arini nk share perilaku 'sumbang' yang orang suka buat depan mata aku bila berada or guna surau. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan yang lain juga umumnya. Andai rase diri tuh pernah terbuat kan moga2 pas ni uoolss insap hokey! Supaya xda la tambah berat 'neraca kiri' aku atau org lain. Hehehe..

Scene #1 - Cermin puaka
Kejadian ni berlaku kat surau KLCC. Sape xpernah masuk surau tuh, FYI cermin yg disediakan amatla besar ye. Sebesar dinding tuh. Dalam 3 sliding door umah korang tuh. Cukop besar kan? Hah kirenye dapatla menampung kan muka2 korang tuh. Kalu ikot logik akal korang la camne ko nak gune or share penggunaan cermin tuh dgn muslimah yg lain? Haroslah yg depan tuh duduk bersila kan. Yg blakang sket mungkin melutot dan yg plg belakang berdiri. Fine! Itu kalu org pk cara logik. Tapi ade gak yg xle pk. Ko bayangkan org baru pas solat doa keampunan bagai. Dengan hati yg dh suci td, bile tibe time nk pakai tudung kat cermin, ko dh bikin dosa smule. Belum pon sempat kuar surau kan. Haihh!! Ade makhluk ni, selamba hokeh berdiri depan cermin. Depan sekali. Bukan sorang tp berdua. Kire geng ah. Tambah annoying lagi siap make up. Menyedapkan lagi, pakai plak tudung belit2 libas muke orang kat bawah. Ini dah lebey kawan. Rase nk  rentap je selendang bedah ko tuh. Aku rase spesis ni mmg x pernah belajar sivik atau x pernah kongsi harta awam. Siyes, time tuh org siap jeling2 eh silap pandang dgn muke xpuas ati. Tp jiwa kental pompuan tuh. Selambe je belit2 tdung. Haih! Ikut jiwa remaja aku ni, nak je aku kasik sepenerajang kan. Orang cm ni xpayah nk sound2 dah, kasik sepelempang saje.Tahniah buat anda. Aku rase semua yg berada kat tempat kejadian dapat dosa kering akibat perbuatan sumbang ko.

Scene #2 - Cop atas muka ko
Orang malaysia ni sifatnye selalu nk dulu. Bagusla ade sikap mcm tuh. Tapi kekadang xkene tempat. Kali ni sekali lagi gegul bawak kisah dari dalam surau. Coi! Jgn tuduh aku suka kondem org. Aku cume bg peringatan. Utk aku dan ko jugak. Kate nk jumpe Tuhan, boleh x perangai tuh elok sket. As uolls know, semua surau kat mall keluasan nya agak terhad. Kekadang ade time tuh packed sgt kan. So pepandaila bawak diri. Aku rase msti ade kalangan korg pernah jumpe spesis ni. Tp aku harap korang x tergolong dlm spesis ni. Spesis yg suke masuk surau pastu trus p cop sejadah. Letak beg, brooch dan tudung segala bagai keliling sejadah tanda itu kawanan ko. Dey macam kucing sgt ok. Ce pk guna logik sket. Kalu 10 spesis yg masuk main cop2 sejadah, abis org dh siap amik wuduk tuh nk solat ket tepi paip? Elo miss prihatin sket. Kalu surau tu mmg xrmai orang, fine aku boleh consider. Tapi kalu ramai xpayahla nk cop. Same je. Toksah nk buat ngada la. Kalu ng aku mmg aku campak saje hanbag prada ke LV ke cap sogo skali pon ke belakang. Toksah buat perangai mcm kucing tuh. Pancut sane sini nk tanda kawasan kawanan.

Scene #3 - Payah Bangun
Perbuatan sumbang seterusnya. Abis kisah rebut sejadah, tiba masa solat. Alhamdulillah. Beri salam dan tadah tangan untuk berdoa. Syukur masih diberi kesempatan untuk sujud padaMu. Amin...Bukak telekung. Telekung je. Kain belum lagi. Posisi masih dalam keadaan duduk antara dua sujud gitu. Amik hanbag prada. Tarik zip, selok2 sket. Tadaaa..Kuarkan cermin. Pastu cermin muka. Korek bijih, cungkil jerawat, tarik buu idung. Haihh....Gegul panas je tgk org camni. Ko igt ko sewa ke tempat solat tu? Guna logik sket bleh?? Lepas solat tu bebawak la diri ke dinding paling ujung. Nak buat ape2 aktviti kat situh ikot ko la. Ni x, penting kan diri sendiri. Buat muke kering. Yg x solat kat belakang ni ramai je lagi. Ko suke la org kutok ko kan. Supaya bleh la buat tambah pahala kat ko. Siap ade tuh, bleh plak make up, pakai foudation bagai kat atas sejadah tuh. Aiyoo!! Aku pon xphm la. Tolong la akak, adik, makcik nenek sekali pon. Consider others. Saya ni kalu bleh xnak la kutok akak, tp ati kecil ni tetap gak terlepas kutok.

Gegul mintak ampon andai korang tergolong dalam spesis yg pernah menyakitkan ati gegul nih. Tp logiknye sila la pikir2 kan betol ke ape yg korang buat tuh. Sekadar renungan untuk semua..


M minus 1

Gambar Ehsan Google Image

Semoga semua seperti yang rancang. Darah gemuruh sudah mula meresap ke dalam badan. Perasaan teruja pula semakin sukar dikawal. Insyallah semua nya selamat.

ps: Ada yang kirim pape? Cepat2 sebelum melopong..Hehhehe

Wednesday, August 29, 2012

Gangnam Raya

Masih Syawal..

Mood raya still on. Korang? Tahun ni mak sayu sket..Seswai sgt la nyanyi lagu Aishah pepagi raya kan. Utk pertama kali nya jadual kerja suami tarak ong. Ko ingat ko bleh selamat beraya sokmo ng laki ko? Padan muke. 2 tahun dpt elak. Tahun ni kene hadap. Start puasa sampai la ke raya. Dan sampai ke raya ke 10 ni masih bertugas. Wallaweh!!

Intai2 kot2 dady sampai ke??

Well sambutan tetap meriah (memalam nanges bawah bantal). Terpaksa la positipkan fikiran kan. Kalu ikot nafsu jiwa kacau nih mmg rapuh sgt hati tuh. Ape tak ek, kenkawan dok post gmbar ng suami memasing kat wall FB. Pastu bile balik kampong bukan yg bujang je dpt soklan cepu mas, yg blk ng anak sendirian punye soklan lebih hebat. Nak cili mulot pon ade rasenye. Pengaruh drama makcik2 kat kampung tuh. 

(Iklan jap)
Aku harap tahun mendatang stesen TV sila buat liputan utk petugas2 selain askar, polis, doktor, nurse yg bekerja di hari raya. Berlambak lagi org yg bertugas hari raya. Bukan ape bg bukak sket minda org2 kg tuh. Diorg manela tau kerjaya lain yg perlu bertugas di kala org lain seronok makan lemang kan. Yang tau tuh senang nk explain, yg xphm 5x cite pon x pepaham. Haih la..
(iklan abis)

Ape aku rase? Anggur masam! Aku nasihatkan yg belum kawin tuh kalu mendapat jodoh yg berkerjaya seperti suami aku dan sewaktu dgnnya sila bersedia fizikal mental rohani dan jasmani. X mudah ok. Makcik aku 6thn, start dari mula kawin sampai tahun ni, barulah merasa beraya bersama suami. Sampaikan bile balik kg org cm xknal siapa lelaki misteri tuh. Amecam?? Mampo! Tu belum masuk part nk bersalin lagik. Sadis lg teran sesorg. Siap drive p hospital sendirik. Ok lupekan kisah tuh. Raya kite cite psl raya la. 

Agak kurang ong lg tempat suami aku ditempatkan internet access tp limited. Email shj yg boleh. FYI, hanfon mmg haram ye kat sane. Xpyh nk berangan skype ke viber ke whatsapp ke. Telefon pejabat dan kad iTalk la benda paling berharga atas platform die tuh. Sanggop bertumbuk utk dpt turn call family. hahah!! Klako pon ade. 1st raya siap line down. Aku rase ade org pedajal. Sian diorg. Dan sian kat aku la. Xle ckp. Dah la ade fon yg kene ikut turn shj, tambah drama, hanya call out shj. Call in tidak digalakkan unless emergency. Amecam?? Lebih masam dari ribena lemon kan?? Dpt ckp 10mnt tuh kire untong sgt la. So mmg xpyh nk nanges bagai kat fon tuh. Buang mase jek. Ko nanges minta ampon pon dah abis 7minit kan. Last2 turn org len plak..Dah kempunan nk sembang ng suami. Memang ketabahan seorg isteri tuh perlu ade. Aku pon kekadang time jiwa kacau dtg, mmg xle nk handle gak..Email la jd tempat melampiaskan amarah. Ko imagine cam ko bersin tp x terbesin. hah! Cam tu la stressnye. Nak marah tp xda org bleh dgr rintihan ati ko...Lalallala~

Suami dptla half day masa raya pertama tuh. Tapi xpyh nk happy sgt la. half ke full ke die tetap xle blk. Dok je kat sane tuh. Oleh kerana pertama kali beraya kat sane, yg senior buli la. Ape lagi kan. Diberi mandat sebagai Khatib pembaca khutbah. Curlast ko Jah! Memula dpt offer jd imam tp sempat tepis kan. Igt tepis dah selamat sekali kene gak daa..Elok la tuh berjinak2 dgn perkara2 baik tuh. Sedap sket ati kuarga dgr. Hehehe..Walaupon jauh di sana, kebajikan mereka xdilupakan. Lemang, ketupat, rendang semua tersedia. Malah lebih best katenye. Siap ade kambing, rusa bagai. Tapi semua xselera. Makan lemang bersuasana kan pipe2 besi, dok plak ngadap muke2 minyak tuh.. Ape rase bai..Saat ni la ko baru rase kerja kat Pasaraya Ah Siong lg best. Tu la..Time lain bukan main la. Itula harga sebuah pengorbanan yg perlu dibayar. 


Mogok xnak balik umah..Nak p beraya lagi

 Tapi ape2 pon aku dan suami tetap kene positipkan keadaan. Kami anggap nih dugaan yg sekelumit. Ade la hikmahnya. Yg tersurat aku xperlu bersesak dlm jem nk blk kg kan. Memandangkan "saya sudah pon berada di kg" bak kate makcik dlm iklan Yuna. Rumah mertua pon aku x jengah lagi. Harapnye pahamla. Bukan xmo p cume ade la kesulitan yg tidak membolehkan aku sampai. Mulot orang senang berkata, tp ko x rase. Amecam?? Berkias fansuri x..Hahhah!! For him plak, katenye xperlu la berhabis bnyk tok preparation.Katenye..Tapi aku tgk beria lg ade la. Maklumla nk pujok ati2 yg sedih tuh kan..Ehem..Ehem..Gelang tgn Pak Habib je xsempat nk rembat..Uhuk! UHuk!!!


Ikot mumy beraya ke umah anty2 yg bakal bergelar Dr (pHd)..Mumy bile la lagi kan??Emm

Utk Iman memandangkan dah selalu kene tinggal aku rase die dh biase ng situasi nih. Die belum phm lagi ape itu raya. Yang die tahu bulan ni kene salam org then dpt "sampul". Siyes nak gelak pon ade. Mase awal2 syawal tuh die siap hulur tgn kat semua org nk salam dgn harapan dpt sampul. Paling happy dpt Upin Ipin punye. Kenal ke x, blakang cite kan. Malam raya siap ikot atok n uncle die takbir dari umah ke umah sampai kol12mlm kot. Punyela happy sgt dpt jupe ramai org. Seb baik mlm x ngigau hulur tgn gak. Huhu!!

Bizi sgt ngadap 'sampul' tuh..Agaknye ape la yg special sgt 'sampul' ni

Ape2 pon kite tgk la next year camne..Lallaa~

Kesimpulannye, entry aku xda kaitan ng gangnam pon. Hahaha!!!

Monday, July 2, 2012

Bie Eff Eff tolak 1 Eff

Lusa maka genap la 1 tahun 4 bulan my lil pinses. Kekdahnye pinses ke? Aku rase cam warrior adelah. Anyway, just to share something wif uollss kat luar sane. Arini nk cite pasal bresfeeding (BF) atau pon kalu org kg ckp tetek. Haha!!

Aku rase sangat happy sebab sampai ke hari ini Iman still BF. Tapi dah campor dgn susu lembu la. Fully BF for 1 year then aku sambung study so tepaksa la bg susu lembu sebagai supplement sebab aku xda stok. kate fulltime hoswife kan. Memang xda keperluan lansung la aku nk pump. Segar dari ladang jek. Hehehe..

Best part of BF utk gegul la.Maybe utk uolls gak nanti..

1. Alat terbaek utk merancang keluarga. Period gegul x kunjung tiba selama setahun sejak dari bersalin. Natural hokeh. Xpayah nak sesusah aku p klinik cocok ke makan pil yang kekadang berkemungkinan menambah hormon subor kan. Nak besarkan ank ni perlukan bnyk ilmu. Nak lahirkan insan kualiti kan. Bukan sekadar kuantiti. So kene la rancang merancang sket. Plus situasi kerja gegul n En Dani mmg memerlukan perancangan teliti. Cewahh!!

2. Mudah diangkot ke mana jua. Sape yg hidup nomad, packing adalah menda yg paling dibenci. Cam gegul mmg life miserable. Ape x nye, Setiap 2minggu nak kene packing n unpacked. Kekadang tuh xsempat pon nk unpacked dah packing semula. Hah!! Ponat kan. Tp memandangkan gegul BF, part botol susu, tin susu, termos air pns semua dah boleh diabaikan. Memang syukor sgt pengeluaran susu aku sejajar dgn keperluan Iman. 

Kalu minum susu tin, termos air panas, botol susu, bekas susu, air suam, mesin tebu pon kene letak. 1 lugagge khas tok baby

3. Jimat kos. Hokeh..Ni semua org pon akan suke esp para suami kan. Bleh simpan duit tok bli lens baru ke..Kan?? Kan?? Setin susu kalu newborn 0-6month hargenye sekitar RM50. Harosla nk yg terbaek katanye. Itu susu lembu, kalu kambeng lagi mhl sket. Setin susu paling lame bleh guna sebulan. Tapi realitinye dalam 10ari dah abis. So kalu gitu dlm RM150/bulan kan?? So gegul dah jimat. Kalu setahun xke En. Dani dah bleh angkat SLR baru..Itu yg die sgt sokong BF.Chet!!

4. Cepat dan pantas. Ko selak jek baju tros diam anak ko. Itu la konsep gegul. Kalu susu tin dah nk kene bancuh la. Pastu tunggu air panas masak la. Anak dah melalak bagai. Bdk ni kalu dpt nanges cm satu kepuasan. Stress rase nk sekeh pale pon ade. Tp redha kan je la. Diorg bukan phm pon lg kn. Jgn risau kalu p tempat public cm shoping mall sme tuh, sbb bnyk nursing room..Kalu pyh sgt bwk je napkin pastu pin kat baju ko. Dah cover kan. Kalu duit lebih bleh la bli ponco ke nurisng cover ke. Kan?? Kan??

5. Produk pelansing terbaeek..Hokeh part ni aku tau mungkin ade org xbrape nk setuju sbb alasannye gegul mmg lansing.. Cewah!! Well korang try la search for jurnal medikal. Ataupon jumpe doktor kesihatan. Ko jgn mintak nasihat Kak Ton penjual jamu lansing. Konpem la die kondem BF. Suh bli pil gula-gula die tuh. Harga mahal nak mampss..Xjadi suh try pil lain plak.

6. Bonding. Bukan rebonding hokeh. Dedulu jek gegul suke rebonding ni. Hehe..La ni mak bapak bizi keje. So gegul rase dgn cara BF ni la dpt rapat kn blk hubungan dgn baby. Psikologinye, baby ni dunia die hanyala mak n bapak die jek. Xda org lain. Not to say yg x BF bonding xda, cume kurang. BF tu baby akan dengar degupan jantung. Pastu sesambil tuh ko ble gurau2 dgn die. Picit idung ke gigit rambot ke. Kalu die isap botol, aku rase konpem bagi botol pastu suh dok depan tv pasang kartun pastu mak main tepon update tweet. Kan dh kurang interaksi. Xcaye ce try buat nnt. Anak 1st ko BF anak 2nd ko bbg susu botol. Tgk sape lagi rapat n manja..

7. Sihat dan ceria slalu. So far Alhamdulillah, Iman jarang demam selsema. Kalu kene pon xkuat or jangkitan from aku. Kalu amik susu ibu, system imunisasi bdk agak kuat sket. Bukan ape. Budak ni kalu kene selsema mmg cranky n ko pon letih n stress. Plus klu keadaan cam aku yg handle sorg diri kan, mmg letih. So better lindungi dirog dari sakit.

8. Makan ape sajek. Aku penah terbace dlm 1 jurnal, budak kalu BF  die mudah terima ape2 makanan. Sebab susu ibu die tuh hasil dr pemakanan mak die. SO kalu mak kuat makan petai, susu pon perisa petai ye. Kalu x caya ce rase. Gegul x penah plak rase. Tapi logik la point kat situ kan. Kalu susu lembu tuh, sah2 la rase same je melainkan susu dah basi barulah rasenye lain. 

Ape mak ayah makan, itulah yg die nk. Xmo cerelac ke biskot beras ke


9. Kalu dah BF maka pemilihan baju pon kene sesuai kan. Maklum la senang nak selak kalu korang berada kat public. Tapi kire itu adelah advantage jugak. Sebab ko ade alasan utk shoping baju baru..Hahahha!! Kukuhkan. Xkan suami nk tidak kan. Utk anak die gak. Kalu nk gak begaya dgn baju silang sane sini, riben depan blakang xda masalah. Bawak je la nurisng ponco or just go to nearest nursing room. Xpon ko p je tmpt yg tersorok sket. 

Angkat, selak, masuk, gigit...Mudah jerr


10. Priority. Ni la paling best. Sebab huby ko akan manja kan ko. Hahha!! Kalu nk makan kne ikot selera ko. Nk BF kene bnyk makanan berkhasiat. Tp gegul xda pk khasiat pon pk ape yg rase n terlintas kat kepala jek. Best wo.. Pastu kat umah bleh jadikan alasan penat sebab susukan bb, so nnt huby tlg buat keje umah cm kemas almari, lipat baju. Muahahah!! Best wo!! Pastu kene be nice sokmo. Nak jage emosi ibu menyusu. Time kasih la En Dani ye..Next baby buat lagi..Ehh!!

So uolls, itula best things yg aku dapat share ng korang. Nanti dah rase share plak ng org lain. Semoga berjaya..Yang penting niat kat hati serta doa dan tawakal. Renung2 kan dan selamat beramal

Thursday, May 31, 2012

Jiwa kacau

 Di suatu petang yang terik..Jam menunjukkan jam 4pm. Hatiku semakin tidak keruan. Gelisah, gundah semua bergabung tapi x meletop lagi aahh..Oh..Semakin tak laju jantong bedegup tat kala melihat yang di luar sedang asyik melajukan kayuhan. Oh, tinggal bola sahaja menjadi peneman diri ku ini??


Sepi seorang Iman
.....

























 Termenung ku sendiri mengenang nasib badan. Entah kan berjaya berseronok entahkan tidak. Tapi harapan masih lagi menggunung. Dalam hati aku doakan cepatla aku membesar bagaikan juara supaya senang nk berlari ke luar dan mampu menolak grill yg ketat nih. Addoi...Agaknye tersadai je la aku kat sini..Haihhh...

Buat muke kesian kot -kot untung petang nih



Nantii....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Peluang yang ade xkan ku sia2 kan. Mencuba mencari alasan dan berbagai janji ku curahkan kepada die supaya aku dilepaskan kali ini. Walaupon aku tau harapannya tipis. Tapi ape salahnye mencubakan..Cobaan menjadi pendengar kepada nasihat dan leteran seorng ibu yang saban hari aku pon dah naik hafal skripnye..

1. Mesti pakai kasut
2. Xmo masuk tgn dlm mulot. Dirty!
3. Dont run, walk only
4. Xmo keluar pagar.

Aku iakan je la..Standardla tuh. Politik mesti lebihkan. Kalu x, konpem xbg nye die tuh. Huh..Baikla. Aku akan patuhi nasihat mu itu (hidung panjang mcam pinochio)


Anak saja la ibu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.


Inilah mase yang ditunggu-tungu.....



Buat mumy..Time kasih...Esok nak main kat luar lagik jam 4ptg..Biar itam kulit tu hah...



XoXo,
Iman


Saturday, March 31, 2012

Tak Usah Kira

Bulan Mac ni gegul terlalu bizi mengirai duit. Tak payah nk p KLCC ke Pavilion ke Jusco. Pasrah je gegul. Seb baik la bln ni turn gegul dpt kutu. So bleh gak la top up sane sini. Kalu x, pakai kertas surat kabar je la anak aku lap pooo poo die..

Week 1
Sehari selepas bday anak, bday kereta aku plak. Ye ulangthn ke-3.Tahniah cik Persona. Bejasa dh 3 thn.  Walaupon dh 3 tahun renew roadtax sendiri tanpa bantuan sesape, masih aku  gelabah lg part procedure. Tahun ni aku amik insurans bersifat Mudharabah. Aku rekomeng kat kroang seme. Ape pasai?? Next uear bile ko renew roadtax ko smule ko akan dapat duit ko smule. Xsemua la Cik Salmah. Ade la dlm RM400. Ok la kan buat blanje tiket p Sydney. Huhu!! Debor2 tunggu akak insurans quote harga. Dalam poket ade RM1k jek. Kalu lebih ni tepaksa la buang ape2 yg tak brape penting. Bile die quote kire affordable la. Walaupon lebih sket dr jangkaan gegul. Ala2 sambutan yg lebih meriah dr majlis ari jd anak aku. Tanpa kek dan belon tp kos die cecah ribuan. Amecam! Makan roti je la sambil pangkah calendar tunggu gaji Mac.

Week 2
Cuti sekolah. Tapi gegul xcuti pon. Bapak aku xda kat umah. So tinggal mak n anak aku jek. So dgn selamber kodok aku buat Tg Malim - Bentong - Tg Malim cam Ampang ke Cheras jek. Klas stat kol8am. Kol6pg pas suboh tuh tros memecut membelah Banjaran Titiwangsa. Konpem time tuh korang tgh berkeroh lagi kan. Tgk betapa gigih aku bgn seawal 530am. Petang kol6ptg, abis clas teros pecot keta risau terserempak gajah ke rimau kt Batang Kali tuh.. Daebak!! 4 hari aku dok berulang. Xmo kire bape tol ng minyak hokeh. Keronyok resit2 buang dlm sungai.

Week 3
730am di umah sewa..Cik ccuuk (bunyik alarm keta)..Masuk keta dgn semangat berbara nk ke klas besama hosmate lain yg same2 nk panaskan enjin. Cucok kunci..Start enjin. Haip!! Ape ni. Xda pape. Try 2 3 4 5x..Sah!! Keta ni sakit jantung nye. Gegul panik. Nak call suami?? Xda makna hokeh. Luar coverage. Klu call bapak aku, lagi die panik tros sampai depan pgr dlm  mase sejam. So rileks.Mintak hosmate anta kedai tayar. Ya Rabbi, scary. Peluh menitik dah. Tgk muke cina tuh, ni konpem kene sembelih harga nih.Xle jd ni kene SOS.Scroll no membe laki kat enset. Mangsa petama..Tuutt..Tuut..Tuut..tutt.. Sampai seketeri die angkat ckp cine. Dem! Scroll lagik. Mangsa ke 2 ni kire pasrah je. Sebab kelazimannya mmg x angkat fon or reply msg..Tuut..tt..Xsempat abis 2nd ringtone..

Aku: Weh..(biadap sunggoh xda intro)
Dia: Hah!Napenye?
Aku: Ko ade mane?Bz ke? (cover blk intro yg biadap)
Dia: Xdala bz pon. Nape ko nih?
Aku: Aku ade prob ng keta ni. bla bla bla...Aku nk mintk tlg plhkan bateri ble?
Dia: Ko kat ne nih?
Aku: Tg Malim
Dia: Mak ai..abes tuh camne
Aku: Xpe. Aku kt kedai dh ni. Ko ckp ng die. Ko nego. Aku xtau la die tanye bnyk sgt. Aku dh panik nih. Tetibe rase bangang
Dia: Haha!! Rileks..Meh bg kat cina tuh
(Teros pas fon kat cina kedai)


Dah pompang pompang last2 die ckp byr rm155 jek. bateri lame die trade in.Fuh!! Lega. Under bajet.. Susahkan idop tanpa lelaki. So hargai lelaki sekeliling anda ye teman2.


Week 4
Dlm kereta on da way nk blk Tg Malim dr KL..Eh..Panas ye cuaca skang. Terik sungguh. Bukak aircond kuat sket la. Apesal dah kuat sgt pon angin aircond ni tp yg kuar blower jek. Dang!! Sah! Sakit baru dah moncol. Mase ni gegul dah ngucap pjg ye. Bukan takat hatrik nih, dh melampau keta nih. Gegul ckp2 main2 je nk angkat GT-R ko tros merajok kan. Tiap minggu labur duit tok ko. Natijahnye terpaksa patah blk KL. Tinggal keta kt KL. Anta bengkel. Aircond prob. Paip aircond tuh dh pecah. Ce teke! Ce teke bape!! Gugur rambot!!

Kala ini gegul taip entry sambil pangkah calendar menunggu gaji bln April. Gaji Mac? Selamat hari merdeka dah pon..Tahniah!!  T_T

p/s: server cam har har..xdpt nk tepek gambo..

Tuesday, February 7, 2012

Penakut

Bile tak dapat siapkan keje, aku x dpt berdepan dgn bos aku. Malas nk dgr die membebel.


Bila tengok cite seram, aku memang x berani nak bukak mate. Selalunye aku hanya tengok kot celah jari je..


Bile berada di tempat yang tinggi, aku x pernah tengok bawah. Seluruh kaki ketar


Bile rumah blackout, aku orang paling nerves. Terdiam dan terpaku di ceruk bilik sambil pegang hanfon.

 
 Bila terjumpe lipas, aku jerit dan melompat macam jumpe lipan.


Kalau disuruh buat formal speech, mulut aku tak dapat ak berkata-kata


Ye! Aku memang seorang yang penakut.....

TAPI

aku lebih takut kalau aku tak dapat
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jumpe kamu....
[adoi yai camne la nk bgn pagi dan tidur malam tanpa melihat wajah kamu ini sayangku. Mumy janji right after kontrak tamat we will be together again k dear..Sob sobb sobbb]

"Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya"

(petikan lagu Penakut by Yuna
)

"Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku dan anakku. Kurniakanlah kebahagian kepada kami pada setiap masa"

.

Wednesday, February 1, 2012

MacaronG

Tarik nafas dedalam..Dah masuk bulan Feb rupenye. Cepat sunggoh. Dan ini bermakna ade beberapa hari lagi sebelum kitaran hidup aku berubah. Jadi untuk hilangkan debaran dan risauan meh kite buat seswatuh yg menenangkan pikiran. Ape lagik kalu bukan makan. Tapi bukan makan kat kedai. Kali ni gegul nak ajak masak. Wohoho!! Masak ko kali nih.

Amik feeling Cep Riz sket. Tapi gegul xdala hebat sgt sampai jadi cep kat restoren ternama kat US kan. Oppss..Sowi..Buat julong kali nye gegul nak ajar korang cara2 nak buat macaron nih. Ape jadah nye? Bagi yg xtau. Kuih bolat2 cam beger mesia sebesar 50sen. Ape rase?? Rase manis leting bak kate org kelantan. Base die memang gula ye. So kalu nk makan harap jgn gelojoh amik sampai 3bijik. Mau potong kaki kang. Tesktur plak? Memula gigit harus rangup or rapuh then masuk mulut rase cam gule kapas tuh. Ade inti. Memacam inti la. So sesape yg ade bnyk mase tuh bleh la coba2 yek. Jangan risau kalu gagal sekali xmungkin gagal sokmo..Erk!

So inilah resepinye. Gegul cedok sane sini n inovasikan gune ape2 yg patot. FYI nk buat macaron ni bnyk method so terpulang kat korang la nk try yg mane2 senang. French, Italian, Swiss so on. Google jek. Tapi gegul slalu gune French method sebab gegul ni 'rajin' kan..Huhuhu..

Bahan2 :
Team A 90g putih telur (4bijik telur omega size sedang)
             50g gula castor (gula bancuh kopi tuh pon bleh)

Team B 200g gula castor
             100g serbuk badam

Optional pewarna star brand (lebih afdal gune serbuk/gel)


Cecara :
1. Gaulkan/Blendkan sajek Team B sehingga sekata
2. Ayak (gegul 'rajin' so tak ayak pon)
3. Masukkan putih telur dlm mixer dan pukul dgn kelajuan 1/2 sehingga muncul buih2
4. Perlahan2 masukkan gula castor. Anggaran 3 or 4 kali masukkan. Jangan tuang semua sekali gus tau.
5. Dah abis gula tambah kelajuan mixer kepada hampir max.
6. Pukol sampai kental. Camne ko nak tau? Ko cube terbalikkan bekas mixer tuh. Kalu tak jatuh benda dalam tuh maksudnye dah kental la tuh. Kalu takot, ko cube kaupkan sket gune sudu then terbalikkan la. Kalu jatuh xcukup lg la. Biasenye dlm 5minit dh kental
7. Bahagikan beberapa bahagian kalu nk letak pewarna.
8. Kaupkan bersama gaulan Team B. Kaup tau bukan kacau. Kalu kacau ko nnt akan dapat adunan cekodok jek
9. Masuk dlm piping beg. Then pipe kan la.

[Skill piping pon kene ade untuk bentuk die jadik cantik jek]
 
10. Biarkan sementara kat luar dlm 45mnt ke 1jam. Depend kepada cuaca. Lebih kering n panas lebih cepat.

[Nak cepat kering kasik buka kipas tapi awas haiwan yg berterbangan ek]
11. Bakar dlm oven range 150-180degree dlm 10-15mnt. Seme bergantung pada kehebatan dan kecanggehan oven.
12. Dah masak biarkan jap kat luar before korang makan. Biasenye gegul gune nuttela sebagai inti die. Then kapitkan cam beger tuh.

[Tadaaa....Kalu xcantik jgn keciwa. Cube lagi lain hari]

Pantang larang eh
1. Make sure alatan seme bersih dan kering. Tangan ko skali pon
2. Persis dlm amik ukuran (pakai penimbang digital lebih bgs)
3. Make sure xda telur kuning yg terjatuh dlm putih telur tuh.
4. Kalau pas kuar oven korang pyh nk cabot or die cam liat je nk cabot maksudnye itu belum cukop masak.
5. Kalu risau bentok xsame, korang lukis la dulu bulatan atas kertas minyak eh. Gegul tekap 50sen jek. Dah cam buat aktiviti lukisan plak. Gune pensel eh

Selamat mencoba eh..Nanti bleh pos kat gegul hasil korang tau..BTW kuning telor tuh jangan dibuang begituh sajek. Bleh gune gak tuh. Die kire pakej kalu buat macaron nih mesti buat resepi seterusnye..Nak tau?? Ate sabo le...

Wednesday, January 18, 2012

Epal Besar Thriller

Tu dia pompuan dok umah ni dah buat keje pepagi suboh. Bak kat org Tengganu, "pah cheghoh"..Kite nantikan kesudahan episod ini nanti..Stay tuned eh


p/s : sape kate dok umah bosan weh?


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday, January 17, 2012

Sang Kancil dan Monyet

Dari zaman ngandung lagik aku dah kepingin benda nih. Ade banyak kat Kelantan. Sebab mase aku p Kelantan dulu, aku sudah belasah berpaket-paket. Xcukop beli sendirik, siap pesan kat bestie aku. Tapi kempunan ko. Xsempat nk makan dah melatop plak perot tuh. Ni seme salah ko Jijah!!Haishh!!! Meleleh je air lioq anak aku kan. (padahal anak aku nak tumboh gigi)

Dah dekat setahun berlalu, ingatkan kisah ngidam dah abes..Ghupenye tidak Jijah. Gegul masih bernapsu. Petang tadik pi umah nenek aku. Sekali sudah nampak itu karipap mini da..Ala-ala cam tikos nampak cis jek. Terloncat-loncat gegul tapi dalam ati je la. Ade 2 paket plak tuh atas meja. Cantik jek kedudukan die kat pinggir tudung saji. Gayanye cam ade org bagi. Tapi meragukan. Pandang penuh harapan dari jauh sambil bermonolog..

"Hish! Sape la yang bawak ni. Tapi nape letak situh jek. Nak bagi orang lain ke?? Wan ni tido plak nak tanye. Nak makan je teros takot org punye. Ok rileks Fati..Rilex..Xkemanenye"


Teros berlalu ke depan tv sambil pura-pura xda ape yang berlaku. Hati tak tenteram. Gelisah jiwa gegul nyah. Dah macam gelpren yang tak dapat call boifren. Mate kat tv tapi mulot dah kecor ni. Anak?? Da  tak peduli nih. Buat hal ko sendiri ye. Mumy tgh obses nih..Jap-jap aku jengok bilik. Cube nasib. Tengok nenek aku. Kot-kot dah terbangun kan. Adoi..Pasrah tido lagik..Seksa jiwa woit terkenangkan karipap tuh menari-nari depan mate nih..



Tik..tok..tik..tok...

Dah sejam berlalu..Kali ni gegul nekad..Ape nak jadi, jadi lah labu..Kalu die tanye nanti aku cakap la Iman nk makan sgt. Penipu sgt. Dah ghuper cm monyet dalam karton "Sang Kancil dan Monyet". Sang Kancil tuh pikiran waras aku. Die cakap jangan makan. Tapi 'monyet' tuh degil kan..Hahah.. 

Bangun p dapor sambil bawak gelas air yg dah kosong. Bajet nak cover line nih. Baeeeekkk..Punye. Teros rembat sepeket. Amik pisau kasik toreh itu plastik..Teros rembat dua bijik..Cukop gelojoh kan pompuan nih..Aiyoo...Teros masukkan sebijik dalam mulot...

Nggaapppppppppppp...............

Pttttttttttuuuuuuuuuuuuuiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..


Astagfirullah..Ape benda nih. Sape yg buat benda nih. Dalam hati dh maki. Nak berniaga ko bajet nk buat pembaharuan la. Xkene la pakcik oii..Tak sedap lansung. Memang luaran karipap mini. Tapi inti die, pakcik tuh letak kacang tanah yg hancur tuh. Choi. Manis ntah ape2 rase. Tobat aku rase sape yg beli tuh mesti marahkan pakcik tuh. Nape la ko x letak kat label tuh ape kandungan die. Ko spoilkan mood aku la..Adoi..Teros rase nyampah..Demmit..

Patutla pakcik tuh xletak senarai ingredient pada label die. Name kuih pon xletak. Kuang asam. Xpe. Ni aku gunekan kuasa hikmat pembeli aku..Pasni sape-sape yg jumpe karipap keluaran pakcik ni bek ko tanye dulu ape isi kandungan eh.. Jangan jadi monyet dan kancil tuh...Hehehe..
[Tu diaaa..Makanan Pilihan sangat kan]


Nampaknye kembali ngidam la..Karipap mini oh karipap mini.