Tuesday, January 29, 2008

Helikopter Terhempas Di Stadium UNITEN




Bangi - Sebuah helikopter telah terhempas di kawasan stadium UNITEN kira-kira jam 7.00petang. Kejadian berlaku selepas hujan lebat yang turun selama sejam di kawasan itu. Helikopter tersebut dikatakan sedang menjalani latihan. Kejadian tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu cuaca. Keadaan yang baru sudah hujan menyebabkan keadaan sekeliling berkabus dan ini menyebabkan kadar penglihatan yang kurang yang dianggarkan hanya 20m sahaja.
Selain itu, kondisi juruterbang helikopter jua menyebabkan ia terhempas. Semasa kejadian, helikopter terbabit di pandu oleh Kapten Danial Kurita dibantu oleh Atong Shepard. Mereka dikatakan agak menunjuk-nunjuk akan kehebatan mereka mengendalikan heli terbabit di kawasan parking stadium UNITEN. Namun begitu secara tetiba angin sepoi-sepoi bahasa telah bertiup menyebabkan mereka berdua hilang kawalan menyebabkan heli terbabit telah terbang rendah di kawasan berpokok dan akhirnya telah membuat pendaratan cemas di atas pokok berdekatan. Natijahnya ia telah tersangkut di atas pokok yang tingginya mencecah 30m.
Juruterbang pertama terpaksa memanjat pokok bagi memberi bantuan kepada heli terbabit manakala pembantumya cuba menghidupkan enjin heli terbabit dengan harapan heli terbabit bakal terbang semula. Namun oleh kerana kedua-dua mereka kurang ilmu elektrikal, secara tidak sedar telah menyebabkan kerosakan kepada IC nya kerana menghidupkan enjin telah menyebabkan motornya berfungsi namun tidak mampu memusingkan kipasnya kerana tersangkut pada dahan pokok. Setelah lebih 38minit bertungkus lumus menyelamatkan heli terbabit, mereka berdua berjaya membawa heli turun ke tanah.
Setelah berjaya mengeluarkan bangkai pesawat malang itu Kurits dan Wof bergegas ke Alamanda untuk mencari spare part bagi membaiki pesawat itu.Dalam kejadian terbabit, kerugian dianggarkan sebanyak RM50.00. Ganti IC kat Petaling Street RM29.00 selebihnya kos perubatan akibat di gigit kerengga. Bernama

Moral of story : Jangan la bermain di kala Magrib. Ini x, azan berkumandang korang dok men gak ng hati keras.Main di kawasan lapang bukan kat tepi pokok atau dengan kata lain main la kat tempat jauh dari org. Ini x, mcm nk tunjuk kat org.

1 comment:

Maknyer said...

juruterbang pertama mmg cekap, cume sedutan medan graviti dikawasan segitiga puaka menyebabkn beliau hilang kawalan.mungkkin beliau kini sedang menunggu helicopter 3channel plak,hihihihi...