Wednesday, November 7, 2012

Seoul at D

Bismillahhirahmannirrahim

Salam 1 Malaysia semua. Busy kalah tebuan nih. Assigment menunggu turn utk disubmit. Tapi hati x tenang selagi x post entry nih. Mari gigih mencoret kisah di negara orang..lalalala~

Gegul booked 8 bulan sebelum perjalanan. Masa tuh promo '0' fare. Return tiket+tax only cost me RM498. Ko rase patot ke aku biarkan. Harosla tak kan. Masa booked tuh kire gambel je. Agak2 je cuti midterm kan. Tiket infant plak RM250 return. Since Iman still under 2 years old.

Penerbangan gegul adalah pada jam 1pagi. ye..time tuh konpem semua org tgh berdengkur kan. Apesal aku pilih flight nih? Untungnye esok sampai terus untung seharian bleh ronda dah. Bajet accomodation pon kire save sebab tido dlm flight jerr. Xsilap aku 1 lagi penerbangan jam 9pagi. Kalu 9 pagi ko smpi sane kol4ptg. Kol530 dan magrib. So rugi la 1 hari ko kan. Kalau bleh time booked tuh elakkan sampai sane malam. Sebab after 11mlm transport punye kos naik mendadak. Kalau nk jimat gak ko lepak la airport sampai pagi kan. Wuuhhhuuu...So pepandaila bajet timing tu.

Pertama kali naik AAX, gate die adalah sangat hujung dan isolated ye. Cam kene kurantin pon ade. Agaknye keistimewaan la dengan 'X' die tuh. Dok dlm bilik cermin. Mase tuh lagi 2 jam nk berlepas. Aku sangkakan ank aku nih akan tido la before boarding memandangkan siangnya xtido sebab busy tolong kemas barang. Sangkaan ku meleset. Aku rase die xcited sgt tgk org sekeliling yg ramai. Kate nak p kowiya kan, ate bilangan yg muka stok mata sepet bnyk la kat situ. Yang melayunye xsampai 10org kot yg naik flight same. Tu pon muka melayu tp bile dgr sembang, laaa..Indonesian. So aku mula menjadi pendiam. Ye la ko nak nyembang dgn sape. Ada la 2 3 4 5 6 org cina/kowiya yg approach Iman. Sebab suka tgk gelagat die yang dok berlari hujung ke hujung dinding bilik menunggu tuh. Amecam?? Tercabar x? Baru dalam bilik menunggu die sudah berlari sana sini. Aku positipkan fikiran. Takut gak dalam flight kang die nk jumpe abg driver. Pengsan aku!! Cina/kowiya tuh dok soal aku dalam bahasa dia. Hamboi!! Konfi. Xnak lansung berbahasa Omputih. Dang!! Skill komunikasi aku tercabar. Xlogik la mase tuh ko nak cek kamus bahasa kan. So aku aku pon konfi sajek jawab dlm melayu. Hahah!! Padan muka ko! Cam ayam ng itik kan.. Weee..Pastu baru la sepatah2 diorg cube ckp English. Rasakan! Igt ko je ade bahasa ibunda yg nak diagungkan. Wahaahha!! Bila diorg stat ckp english aku pon ckp la aku lil bit kowiya kekadang tuh. Bg die phm sket2 kan.

Bagi aku AAX xmengecewakan. Memang on time. Kol1230am boarding. Iman masih segar bugar. Siap jerit2 'Wahhhhh!!Plane!!!WUussshhh' bile berjalan ke flight tuh. Banyak plak international yg nak berlepas. So die experience tgk big aeroplane dekat2 kan. Rasanya mase mlm tuh, Iman la penumpang termuda. Jadi itu membuatkan aku gusar. Takut plak die melalak nk kuar ke kan sebab bosan. Huish!! Dalamm hati xbenti berdoa nih. 6jam 30mnt baiiii..Bukan 40mnt je. Alhamdulillah semua ok. After 30mnt berlepas anak aku pon dibuai mimpi. Aku pon tido la. Adik aku p dok kat seat kosong lain memandangkan Iman dah conqer sampai 2 seat kan. Aku xle nk tido lena sgt. Sebab risau anak aku tergolek bawah. Maklumla kalau katil queen tuh ko letak malam tgh katil esoknye dh ke hujung katil. Kalau flight mlm, food serve twice. After take off n breakfast. Ye jgn lupe ngr org, timing beza sket. So subuh at 5am dan bfast serve at 530am gituh.

Touch down tepat jam 8am (7am Msia) waktu sana. Kat LCCT aku bawak stroller smpi ke tangga flight. Sampai sana ada miscommunication sket. Pramugari tu ckp stroller dh anta  luggage. Ok fine! Anak aku tido, dari pintu flight sampai ke baggage claim aku rase ada la dlm 1.5km berjln. Kalau lenggang mak limah ok bai..Ni mak pikol budak 10kg..Tgn dh kebas je. Muka dah biru. Kalori nasi lemak pon dah negatif aku rase. Damn it!! Dah 3/4 perjalanan aku nmpk ada akak ni tolak stroller. Since die sama flight ng aku, aku suh la adik aku tnya mana dia dpt. Dia ckp die tunggu kat dpn pintu flight tuh. Pastu nmpkla stroller hijau yang xdiclaim. Dang!! Bengong! Ni seme slh stewardess tu. Aku dh hangin. Nak patah blk mmg xlogik sbb jalan sehala je. Xda escalator naik dah. Dalam hati ni penuh 'berzikir'. Kesimpulannya tunggu je dpn pintu flight tuh. Dah la baggage pon lembab! Aku rase akibat letih pangku anak yg tido tuh maka fikiran pon agak kurang rasionalnya. Semua masa berlalu sgt lambat. Nasibla pakai beg striking color. Dari jauh dh bleh nampak kan. Xda la nk terambil beg org.

Keluar from arrival hall tros cari info counter. Yeah!! We are in Kowiya! Info counter pon xbrape nk info la. Sana translation dlm 4 bahasa, korea, english, jepun, cina. Bleh la phm kan. Dlm building suhu mmg suam. Satu perkara kat sana kalau building, transportation semua xda aircond ye. Ada cm rasa blower gituh. Mmg kalau pki jaket tuh ble la peluh sket tp xsmpi tahap menitik2 la. Tapi ko p open space suhu trus sejok. Masa aku kat dalam airport mmg panas sket tambah plak panas hati kes stroller kan, lebih sket la suhu nya. Keluar je building tuh nak tunggu bas, nah!! hamek..Suhu 18C berserta angin..Fuh!!! Sedap sey! Ajumah n ajushi ni dok marah2 aku sebab xpakaikan Iman sweater. Aku bg die long john je. FYI anak aku sgt suke cuaca sana. Tido malam aku selubung dgn comforter, die rilex pakai pampers je. Penggunaan sweater die adalah minimal. Pengsan!!

Air kotak Hersyes yang sgt mengiurkan KRW1000. Sedap weh. Iman xkasik chance org lain sedot

Day before aku dh email guesthouse(GH) ckp akan smpi awal n kalau ada bilik trus nk cek in. So trus la straight ke GH. Aku pilih naik bus (KRW10000/pax) sbb brg berat dan saja nak amik angin pusing bandar.

Makan hati kau, Elantra tra jadi taxi jer. Kat Msia bukan main exclusip lagik

 Bus tuh memang berhenti seberang jalan from GH. Mine located in Myeongdong area. Utk aku, tmpt yg strategik. Reason aku plh sbb sng adik aku nk shoping on night if Iman tido. Walking distance to Myeongdong and Namdaemun(10mnt). Dongdaemun tuh beza 2station je naik subway. Which is ble jalan kaki gak dlm 20mnt gitu. Selain tuh hotspot lain ade Namsan tower, Namsangol Hanok. Semua walking distance. Plus exit subway yang sejauh 150m dari pintu GH. Ditambah plak kemesraan dan kefasihan english ajushi tuh. Rate per night for room with bathroom is KRW45000(RM135). Nak breakfast bleh turun kat lobi yg cam hall umh. Ada toaster, microwave, plate, cawan, water dispenser dan pc. So kalau nk save bajet bawakla roti sesiap ng kaya kan. Dh bleh skip breakfast kt luar. Kedai makan kat area Myeongdong bnyk cumanya ko selera ke x je.

Our GH yang best! Aku rekomen kat korang 5bintang


After cek in, teros ke Myeongdong. Kat sini bnyk kedai kosmetik dan murah2. Kalau beli borong untungla. Aku tgk facial wash Face Shop kat Msia RM45 kat sane boleh dapat 3 tiub. Kalau weekend diorg bnyk buat sale. So lg untung beli dapat goodies free lagi. I like!!

Gatai nak amik gambar dengan Nichkhun sebab aku tengok local pon amik gambar kat patung artis je


Kalau nk beli barang cam tshirt ke beg ke ade yg mahal sket berbanding Namdaemun dan Dongdaemun. Tapi brgan die cantik sket la. Kirenye die nih cam Timesquare berbanding uptown dan petaling street.

Dugaan...Dugaan..Dugaan...


Utk hari pertama aku kurang ke tmpt lain sebab dah berjanji dengan student sane (frens of my sister). Purpose jupe nak kenali tempat mkn. Sebab sepanjng kajian selama 8bln mmg mkn ni kurang diceritakan oleh org2 yg penah ke sane. Kat sane mmg ko xkan jupe haiwan exotic sbb diorg hnya mkn gogi(daging) dan seafood. Dan gogi favor adalah oink2. So mmg pyh la utk muslim kan. So jupe diorg, diorg pon senaraikan la kedai2 yg mereka selalu p. Bakery2 is ok since roti buat pada tepungkan. Fast food pon pilihla seafood burger walaupon ade je aku tgk arab2 yg kunyah2 ayam goreng tuh. Pastu pilih kedai yg jual makanan seafood je. Kan ade display menu tuh, ko bace la dulu. Kalau rase was2 gak ko bleh la p area Itaewon utk mkn halal. Sebab Itaewon ni bnyk org Pakistan, India, so adela kedai kebab halal semua bagai. Nasi beriani. Cuma ko rajin ke x je. Itaewon tu kalu dr kawasan aku cam Midvalley ke Ampang Park. Kene tukar subway bagai. Aku xkoser la nyah. Pastu kalau coffee house tuh pon ok gakla. Ramai je student kite ke sane. Ibarat cam oldtown la.

Pas lepak2 ng diorg, balik ke GH. On the way back tuh nmpk signboard Seoul Cartoon Museum 400m. Eh, dekat je. Cume kene daki bukit sket. Oh ye, kebanyakkan GH kat Seoul di kawasan berbukit. Jadi sila tnya ur GH kadar kecerunan. Like mine, dalam 20darjah je. Kadar kecerunan ke museum adalah 60darjah ye!

Mula mendaki 400m jeeeee


Ko bayangkan dengan tolak strollernye. Rase nk pengsan tp sbb cuaca sejuk kan so xdala peloh2 jerok. Rasa cool jek. Kalau korang rajin tgk kartun kire ok la p kan. Since anak aku layan kartun Kowiya (hasil paksaan dari umor 5bln), so anak aku excited la jumpa character2 tuh.

Baru sampai kaki bangunan. Lagi 150m yang berkecerunan 45degree


Tmpt menarik gak. Free of course nyah! Kalau nk join class2 die je byr. Class buat chracter from tepung/tnh liat. Pastu ade kelas bercerita. Since kami dtg dh lewat kol5, dan ia tutup at 6 so xdala aktiviti sgt. Anak aku cuma dpt main tanah liat utk buat patung Pororo dia jek. Kat luar patung Dooly Popo, ade ajushi ni dok nyanyi lagu cerita karton nih, aku pon meroyan gak join nyanyi same. Yeah!!! Cas ko dok korea dah 19tahun. 

Nak tengok cite ni plisss..Macam kedai CD percuma. Pilih saje CD kartun mana nak tengok kendian bagi pada cashier suruh pasang

Cubaan membentuk kepala Pororo..Gentel2

Kebanyakkan toilet nye jenis gini ye..So pepandaila nk tekan butang mane. Wee..Xpon simpan je hajat tuh sampai balik GH

Since 545pm dh magrib maka malam pon menjelma. Memandangkan badan dah penat dan anak aku xtido seharian, maka kami decide blk GH je. Since dah tapau (pujang) shrimp burger kat Lotteria, maka makan kt GH je. Ajushi yang peramah tuh ajak sembang kat bwh dulu tnya anak aku ok ke x bla bla..Malam dihabiskan tgk cerita2 kowiya. Yezzaaa...AXN pon ckp kowiya. Walaupon xda subtitle tetap gigih tgk dan feeling2..

Kesimpulan utk hari ini, sila bawak bekalan air dan junk food (coklat, roti) bersama sbb cuaca yg sejuk sgt menggamit mulut ko utk mengunyah.

Monday, November 5, 2012

Seoul at D-1

annyeonghaseyo

Pergi hanya 15kg..Tapi bila balik jadi double. Nasib baik bawak sebiji beg sahaja

 
Alhamdulillah semuanya telah selamat dan berjaya dilalui dengan jayanya. Siap bawa balik kejayaan yang membanggakan. Mesti semua x sesabar nak dengar cerita kan..kan?? Cas ade je peminat gegul kat luar tuh. Rilex semuanya. Aku tau korang xsabar nak dengar kan. Kite kasik ikut urutan hoyeh!! Episod satu ni kasik pre K-pop dulu.

A day before take off sila lah pastikan semua kelengkapan anda siap sedia. Jangan jadi cam gegul hokeh. Kemas barang 10 jam sebelum cek in LCCT. hah! Beg pon cam tauhu sumbat jek. Sesedar dah 15kg. Haiyoo!! Jadi untuk memastikan perjalanan lancar dan Insyallah selamat serta berkat ikutilah panduan gegul yang berdasarkan pengalaman sendiri. Rekomen pada mereka2 yang ade anak kecik tp nak save bajet berjalan ke negara org. Cewah!! Cas ko teror sgt. Yang xda anak kecik pon bleh gak gune.

Inilah checklist yang aku rase perlu dibuat sehari sebelum berangkat :

1. Dokumen-dokumen yang penting dan slalu (passport, boarding pass, subway map, alamat&no fon hotel, guide kalau ade) nak dikeluarkan simpanla kat tempat mudah capaikan. Gegul aritu x bawak hanbag ke sling bag ke. Sebab bnyk sgt tanggungjawab aku dah. Anak aku lagi. Stroller lagi. Beg baby lagi. Seb baik mesin tebu xbawak..Wee..

2. Foodies. Yeah! Travel dengan infant sangat mencabar okeh. lebih thrill kalau ko pegi sebagai bagpacker cam gegul. Ko mampo!! Stok bubur instant jgn lupe. Maklumla orang Msia ni rujinya nasi. Kalau sehari xpekena nasik, mau pitam kan. Jadi utk pastikan anak cukup karbonya bawa la bubur instant. Sehari semangkok cukop kot. Ko tgk tangki anak ko la. Pastu gegul aritu siap bawa ikan bilis yang diblend. Ala-ala makanan pantang bersalin. Nak bagi perasa pd bubur anak aku tuh. Xnak la letak perisa bubur yang bleh memudaratkan tuh. Pastu serunding sebagai sumber protin yang lain kan. Ade je bubur jual kat 7E kat Seoul tuh cumenye haram jadah ko xphm die tulis ape. Kembang je tekak aku nengok eh.hahaha!! Utk bekalan dewasa bawakla coklat, gula-gula, maggi ke sbg supplement. Letih wo jalan. Dahla cuaca sejok. Lapar 4jam sekali.

3. Subway map dan itinerary, ini sebagai jantung ko kat sane. Tanpa mereka alamatnye xbernafas la ko kat sane. Sekadar menjimatkan mase kalau ade itinerary tuh. Xdala terkial2 nak bace map yang tulisan hangul lebih besar dr english kan. Lebih afdal kalau korang dah master subway map mase kat Msia lagi. Mudah weh! Kalau takat KL 3 line je yang ado..Sne 10 line kot. Pengsan! Biru merah hijau biru muda plak ungu coklat oren semua warna ade. Jadi jgn la lupe dapatkan map subway ye. Kat airport ade gak. Ko carila kaunter information.

4. Baju sejuk. Kate nak melawat negara 4musim. Jadi sila pastikan musim ape korang p. Cam gegul autumn. Walaupon bukan winter tapi tahap sejuk die macam gaban dah aku rase. Ke sebab Msia nih panas sgt so sejok sket pon dah poyo kan. Dey!! Tapi apa2 pon sediakan la at least 1 jaket tebal ye. Cuaca die kalau spring or autumn lebih krg je dalam 20C ke bawah. Cam Cameron Highland waktu malam. Kalau winter ko pk la nak bawak baju guane. Kalau p Jun-Sept itu musim panas. Lebih krg 27C je. Tp awas sape yg p Ogos hingga awal Sept tuh adalah musim thypoon atau pon kite panggil ribut. Summer bnyk hujan. So sediakan payung or baju hujan la eh..Cam weahther forecast plak aku nih dah. Oppss..Jgn lupe dptkan forecast sehari sebelum pagi tuh. Utk preparation kot kene tukar jadual perjalanan kan.

5. Cek in awal. Sekarang dah canggih cek in ikot website or mobile fon saje. Naik MAS ke AA ke KA same jek. At least kalau ko lewat sampai airport xda la gelabah nak beratur panjang kan. Sebab Gate tu jauh lagi. Kang dah jadi amazing race plak. Lagi malang tertinggal kapal terbang trus. Pastu cek balik booking korang. Gegul arituh tersengal. Mase booking terlupe nk ambil baggage cek in utk penerbangan pulang. Seb baik aku cek balik kan. Kalau x, jenuh weh bayar. Pastu kalau naik AA, barang balik at least double dr brg pegi. Aku aritu pegi 15kg sekali balik 30kg. FYI, gegul hanya beli cenderahati tok member je. Xda shopping sakan. Jadi pepandaila bajet brg blk nnt bp.

6. Final confirmation dengan pihak kat sane. Hotel ke guide ke membe ke. Kalau dok guest house or hotel cek ape fasiliti yang ade. Mudah utk membuat perancangan. Biasanya guesthouse akan ade microwave, air pns, toaster, kemudahan minum, frezzer dan mesin basuh. Tapi bukan dlm bilik. Tapi share semua org. Ada jugak yg toilet pon share tp aku punye dlm bilik. Tp jgn risau dan bimbang. Xdanye masalah rebut2 weh. Siap sunyi lagi ade. Aku pelik kekadang tuh guest yang lain kuar ko bp n balik kol bp. Sepjg aku dok sane kurang dari 5x serempak dengan guest yg lalin. Ko bleh cas rumah tuh ko punye jek. Pastu soal kebersihan mmg rasenye tip top kot. Tak tau la guest house lain camne. Tp aku rase same la kot. Kasut mmg ko tinggal kat bawah. Dalam rumah pakai selipar cam kat hotel tuh. Kasut susun dalam rak ye. Jgn buat perangai xsenonoh org Msia yg suka biar selipar sepah cam kat surau tuh.

7. Telefon. Bagi yang nk roaming make sure call CS memasing. Nak aktifkan roaming. Gegul arituh dah inform nk roaming tp choi ko Celcom. Nan hado!! Aku nak aktifkan supaya mudah nak hubungi in case of emergency. Maklumla aku pegi dengan anak aku je oi..Tp toksah runsing sgtla fon roaming. Seoul tuh wifi bersepah. Agak2 nak Skype ke WhatApps ke on sajek wifi kat fon canggeh ko tuh. Awas!! 3310 xdapatla eh. Xyah nak bazir guna data plan ko sangatla. Ko cek sket rate bp. Kalau internasionale rate die adelah 20sen 1byte. Ko reti kire x? Kalau bukak FB je dah bape kb?? Hah! ko darab sendiri. Jadi kesimpulan kalu ke sane jgn lupe off data network tau. Kang lupe trus je berjalan bil ko. Balik Msia bleh sakit jantung tgk bil. On kan sajek wifi. Guest house pon ade wifi. Jadi xyah pening2 la pasal internet. Persoalannya ade ke x mase ko nak bukak tenet. Gegul arituh sibuk amik gmbr, kejar anak. Xde der mase nk on FB tu..

8. Ubat-ubatan. Bawalah bekalan panadol, vicks, minyak afiat/gamat/yuyi. Ni kire basic la. Kite minta semua sihat cume persediaan la. Kat sane ade je jual kan. Mart die setiap 500m kot. Kat area aku duduk la. Cume ko xtau sesuai ke x dengan ko kan. Kang dos kuat trus ko hiiii..Wee..Paling penting kalau infant bawa yuyi, syrup panadol n vicks. Cuaca sejok. Risau la sket kan. Kang nk cari arah klinik kang dah sekian. Jangan risau benda tuh semua xperlu declair. Ko letak je dlm luggage. Takut imigresen tahan plak sebab bawak cecair kan. Vicks tuh hangkot la dalam hand luggage je. Senang nak sapu kat dada anak kalau batok.

9. Ni paling penting utk kite yang beragama Islam. P tempat org tuh jgn lupe plak solat ye. Gangnam, gangnam gak. Jangan sampai jahanam. Weee...Cek waktu solat kat sane. Pastu buatla alarm kat dalam fon canggeh tuh. Set setiap waktu. Maklumla kite ni asyik sgt berjalan sane sini. Cuaca pon same je dari pagi sampai petang. Kang terlajak plak. Bace2 cara2 bersolat gaya musafir. Sebab sane bukan mudah nak cari masjid mentelah surau kan. Kalau part makan plak, ko try la search utk halal food restaurant. Or else bleh tanye student kite kat sane mane diorg makan. Dah nama pon negara org, kene la ajar tekak tu terima makanan diorg. Xjauh beza pon rasenye dengan lauk2 kite. Siap pedas lagi. Cume cara masak tuh kekadang xkene ng tekak petai dan belacan kite ni..Hehhee

10. Bagi yang rerasa ade buat loan pape ke, pastikan la korang bebas dari belenggu blacklist. Cek la dgn pihak berkenaan kan. Aku rase yg paling kritikal kalu ade loan dgn PTPTN sbb PTPTN ni cam aggresif sket blacklist org. Kalau rase2 dh lame xbyr hutang tu, call la tanya kabar kan. Bukan ape ade kes yang kat website x blacklist tetapi bile nk keluar kene tahan ng imigresen Dang!! (eheemm..ehemm..)So kalau lame sgt xbyr utang tuh better call...Kalau yang byr secara rutin bulanan, insyallah xda masalah.

Rasa cam nak tampar muka masa memula tengok benda ni sebab tak caya dah sampai

Ini saje rasenye keperluan yang perlu ade sebelum pegi selain ilmu yg cukup utk hidup di negara org. Cewaahh!! Cam nak pergi bertahun sajek kan. Xda la mane la tau jatuh cinta plak. Trus bleh apply master kat sane. Eh!!! Hahahahah!!  Akhir sekali jaga kesihatan supaya anda boleh enjoy sepanjang berada di sana..Yehhhhaaaa!!!!!!!!!!!!!!